CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 4, 2008

HAIKU 04808

PAGI DI MIRI

MENTARI JADI SAKSI

CINTA BERSEMI




Friday, November 14, 2008

HAIKU#047008

HUJAN DISEMBER
SUNGAI MELIMPAH TEBING
KAMI BERENANG

Sunday, October 26, 2008

HAIKU#04608



LUMBA PERAHU
PEKAYUH TUA LESU
JUARA TEWAS

Monday, October 20, 2008

HAIKU#04508

SYAWALNYA SEPI
-ANAK TIDAK KEMBALI
AYAH SENDIRI

Tuesday, August 5, 2008

HAIKU#04408

hutan dibakar-
masa menugal bibit
padi mahsuri

Sunday, August 3, 2008

HAIKU#04308

LUMBA PERAHU
PESTA MENCARI DAMAI,
SUNGAI BERKOCAK


Wednesday, July 30, 2008

HAIKU#04208


DINGIN TENGKUJUH
KUTIP ENGKABANG HANYUT-
KURNIA ALAM


Sunday, July 27, 2008

HAIKU#04108




LUMBA PERAHU,
YA! SIMBOL KEDAMAIAN
HATI MENGERTI?


Wednesday, July 23, 2008

TANKA #072008

PAGI DI KAMPUNG
NIKMATNYA SERI MUKA
INGAT KEMBALI
BUDAK PENJUAL KUIH -
KINI SEORANG DATUK

Tuesday, July 22, 2008

HAIKU#04008


Malam tengkujuh

kau di ranjang sendiri –

dingin mendakap

Sunday, July 20, 2008

HAIKU#03908


Tengkujuh tiba –

dan nelayan bertanya,

esok ke laut?

Thursday, July 17, 2008

TANKA#062008


POTRET LAMAKU
YANG TERGANTUNG DI DINDING
MENGINGATKANKU
SAHABAT DI SIMUNJAN -
AH! SETIANYA TEMAN

Wednesday, July 16, 2008

HAIKU #03808

BERBUKA PUASA
TANPA SEBIJI TAMAR -
SI FAKIR
PASRAH

Monday, July 14, 2008

HAIKU#03708

HUJAN DI MUSIM
LANDAS - PENOREH GETAH
MENANTI TEDUH

Thursday, July 10, 2008

HAIKU#03608

DI MUSIM HUJAN
SUNGAI MELIMPAH AIR-
BUDAK BERLARI

HAIKU#03508

TENGKUJUH INI

KUBERTEDUH DI DANGAU

DIHANYUT MIMPI



Wednesday, July 9, 2008

HAIKU#03408

KUSARUNG DINGIN
BERBAJU HUJAN PAGI-
LANDAS MENCENGKAM

TANKA #052008

BERSAMA DIA

KETIKA HUJAN PAGI

BANG BERKUMANDANG -

TERLEPAS SOLAT SUBUH

TENTU KAU TAK MENGERTI


Sunday, June 22, 2008

HAIKU#03308

PAGI NAN KABUS,
KAU BERHENTI MENGALIR
- SUNGAI SARAWAK









Monday, June 9, 2008

HAIKU#03208


OMBAK BERGOLAK-
ANGIN TENGGARA MANDI
PELAUT RISAU

Sunday, June 8, 2008

HAIKU#03108

BENAK YANG TIBA
BERSAMA AIR PASANG
TERHAKIS TEBING

HAIKU#03008


ANGIN NOVEMBER
GELORA DI LAUT BIRU
AKU TERHARU

HAIKU#02908

DERAIAN HUJAN
MELIMPAHI SANG SUNGAI
TEBING BERDUKA


Saturday, June 7, 2008

HAIKU#02808

DI DUSUN BUAH
KELUARGA BERTEMU
MANISNYA MANGGIS

Friday, June 6, 2008

HAIKU#02708


LANGIT LEMBAYUNG
HORIZON KIAN BENING
AKU TERHARU

Thursday, June 5, 2008

HAIKU#02608

BIANGLALAKAH
MENCANTAS LANGIT PETANG
SELEPAS HUJAN?

Wednesday, June 4, 2008

HAIKU#02508

KAPAR DI HULU
MENUJU KE MUARA
HUJAN MELANDA

HAIKU#02408


MENTARI JINGGA
SEMBUNYI DI BELAKANG
SERAPI, SEPI

HAIKU#02308

LENTERA PADAM
TAUFAN MEMBADAI LAUT
NELAYAN BIMBANG

HAIKU#02208

PELANGI PAGI
MEMBAWA PESAN ALAM
SAYANGI LANGIT

HAIKU#02108


SELEPAS HUJAN
PELANGI YANG BERTANDANG
LANGIT GEMILANG

Wednesday, May 28, 2008

HAIKU#02008


GUGUSAN MEGA
MATAHARI TENGGELAM-
SEPI MELAMAR

HAIKU#01908

AIR MELIMPAH
BENDANG MENJADI TASIK
PETANI PASRAH


(DARI laman MULTIPLY)

HAIKU#01808


AH, LANGIT JINGGA -
MASA UNTUK BERJUMPA
AZZA WAJALLA

(dari laman Multiply)

Monday, May 26, 2008

HAIKU#01708


ALAM MENANGIS
KAMPUNGKU PUN TENGGELAM -
HUJAN DISEMBER

HAIKU#01608

WALAUPUN JAUH
KUDOA KAU SENTOSA-
HARI LAHIRMU

23 Mei 2008: Ulang tahun Hari lahir Muhammad Fadli yang ke-23.

TANKA#042008

RAMBUTMU PUTIH
KAU DIMAMAH USIA
KELALAIANMU-
MENGHAPUS MILIK KAMI
DAGANG DI BUMI INI

TANKA#032008

UMUR MENINGKAT
DARAH TINGGI MENEKAN
HATIKU SANGSI -
APAKAH YANG KAU KEJAR
PUISI ATAU AKU?



HAIKU#01508


SALAWAT NABI
GEMA PADANG MERDEKA -
MAULIDUR-RASUL

Friday, May 23, 2008

HAIKU#01308


SEBATANG PENA
HADIAH BUAT CIKGU-
INSAN BUDIMAN

HAIKU#01208


PANAS MENTARI
PELUH MEMBASAHIKU-
MUSIM MENUAI

Sunday, May 18, 2008

HAIKU#01108


SUARA AZAN
LANGIT SUBUH MENGUNING-
KUSERGAH KANTUK






Monday, April 28, 2008

HAIKU#00908

TETESAN EMBUN
SUBUH, INSAN BERZIKIR -
MASIH BERMIMPI?

HAIKU#00808



DI HARI IBU
KULAFAZ FATIHAH-
KEMBOJA SAYU

Thursday, April 24, 2008

TANKA#022008


JUMAAT PAGI
KUZIARAH PUSARA
BONDA, MEWANGI
KEMBOJA DI DADANYA
KUTITIP AL-FATIHAH

Sunday, April 20, 2008

HAIKU#00708

Di padang ini
pesta muda bergema-
merdekakah bangsa?